Pages

Tuesday, June 28, 2011

Isra' Mi'raj

www.tips-fb.com
BULAN REJAB


Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kelendar Islam. Rejab bererti kebesaran. Perkataan Rejab itu sendiri merupakan dasar kata bagi“Attarjib wahuwa atta’zim” yang bermaksud kehebatan dan kebesaran. Bulan ini merupakan bulan yang suci dalam Islam, bahkan dimuliakan sejak zaman Jahiliah lagi. Ia tergolong dalam bulan-bulan haram yang empat. Tanggal 27 Rejab Lailatul Mi’raj iaitu bulan perjalanan Nabi SAW ke langit yang ketujuh.

Menurut kisahnya, pada malam itu Nabi SAW dengan disertai oleh malaikat Jibril, telah menaiki seekor binatang yang dimanakan Buraq. Mereka membuat kunjungan ke Masjidil Aqsa, dan kemudian meneruskan peralanannya naik ke Sidratul Muntaha.

Sebagai memperingati kejadian tersebut, masyarakat Islam menyambut Isra’ Mi’raj dengan mengadakan syarahan-syarahan di masjid-masjid, surau dan sebagainya. Bagi orang mukmin, peristiwa ini berkait rapat dengan Hari Perhitungan, Syurga, Neraka dan kehidupan di alam baqa’ kelak. Malahan lebih penting lagi, adalah hubungan makhluk dan Khaliqnya melalui kewajipan bersolat.


Peristiwa Isra Mi’raj
         
Setiap tahun pada 27 Rejab seluruh dunia Islam memperingati Isra’ M i’raj Nabi Muhammmad SAW.

Isra’ bererti perjalanan malam yang dilakukan oleh baginda Nabi SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis, Palestin. Mi’raj pula ialah perjalanan malam yang tiada bandingannya. Peristiwa ini berlaku sekali sahaja dalam sejarah manusia. Ia sebagai mukjizat dan lambang kebesaran dan kehormatan bagi Nabi Muhammad SAW.
  
Perjalanan ini berlaku sesudah  Nabi Muhammad menjadi Rasul, tetapi setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah(ada pendapat mengatakan 3 thn sblm). Baginda melakukan perjalanan ini dengan jasad dan rohnya sekali di dalam keadaan sedar.

Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmannya di dalam surah Isra’ ayat 1 yang bermaksud :

Maha Suci Allah SWT yang telah memperjalankan hamba-Nya di malam hari, dari Masjidil Haram di Mekah, Ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis, Pelastin, yang Kami berkati di sekitar perjalanannya itu, kerana Kami hendak memperlihatkan kepadanya pertanda Kami. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Kisah ini bermula ketika Nabi Muhammmad SAW sedang berbaring di Hijr Ismail di sebelah Ka’bah. Muncul malaikat Jibril dan Mikail yang dibantu oleh satu lagi malaikat lain.

Malaikat-Malaikat ini mengangkat Nabi Muhammad SAW dan dibawa ke telaga zamzam. Mereka menelentangkan baginda lalu Malaikat Jibril membelah dada Nabi Muhammad SAW hingga ke pusatnya. Malaikat Jibril mengeluarkan hati Nabi Muhammad SAW dan menyucikannya sebanyak tiga kali dengan menggunakan air zam-zam. Kemudian menghapuskan segala gangguan yang menyakiti berupa darah beku hitam (tempat godaan syaitan). Selepas selesai, malaikat Mikail membawa tiga bejana emas yang berisi hikmat dan iman lalu mengisikannya ke dalam dada baginda Nabi Muhammad SAW. Kemudian mereka mentautkan kembali dada baginda sehingga pulih seperti sediakala.
          
Selepas pembelahan dada Nabi Muhammad SAW selesai mereka melakukan perjalanan pada malam itu yang bermula dari Masjidil Haram menuju ke Masjidil Aqsa. Seekor Buraq dari syurga yang lengkap dengan pelana telah dikhaskan menjadi tunggangan baginda. Buraq ini juga pernah menjadi kenderaan yang digunakan oleh para Nabi di zaman silam seperti Nabi Ibrahim as sewaktu baginda pergi ke Baitullah dari Syam.

Buraq tunggangan baginda itu berbentuk seekor binatang berwarna putih, besar sedikit daripada keldai dan kecil daripada baghal. Apabila ia berlari, jangkauan kaki hadapannya sejauh mata memandang. Sewaktu mendaki gunung, panjanglah kedua kaki belakangnya dan apabila turun gunung pendeklah pula kedua kaki belakangnya.

Apabila sampainya di Baitul Muqaddis Nabi Muhammad SAW menambatkan Buraq itu di tempat yang pernah ditambatkan oleh para Nabi. Kemudian Nabi Muhammad SAW masuk ke dalam masjid untuk menunaikan sembahyang sunat dua rakaat. Setelah selesai sembahyang Jibril membawakan segelas arak dan segelas susu. Lalu Nabi SAW memilih susu untuk diminumnya. Jibril pun berkata “Anda telah memilih sesuatu pilihan mengikut  fitrah”

Sementara itu Imam Ahmad pula telah meriwayatkan daripada Abdullah b Abbas ra beliau menyatakan  bahawa Nabi Muhammad SAW sampai di Masjid al-Aqsa, beliau telah mengimamkan sembahyang yang diikuti oleh seluruh para Nabi.

Saat yang paling penting dalam Mi’raj ini ialah ketika Nabi Muhammad SAW diterima mengadap Allah SWT. Baginda dapat melihat zat-Nya Yang Luhur, yang tidak mampu digambarkan oleh akal fikiran dan tidak dapat diceritakan oleh lidah. Ini adalah kerana Maha Suci dan Maha Agung-Nya jika hendak dibandingkan dengan segala sifat-sifat makhluk yang bersifat baharu ini.

Pada malam itu juga Allah SWT mewajibkan solat ke atas umat Nabi Muhammad SAW 50 sembahyang sehari semalam. Tetapi setelah berulang kali Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah SWT dan akhirnya dikurangkan 5 kali sahaja untuk sehari semalam.


PENGAJARAN DALAM ISRA’ DAN MI’RAJ

Dalam perjalanan Isra’ baginda telah diperlihatkan kepada sekumpulan orang yang berjuang pada jalan Allah SWT, ganjaran mereka diganda-gandakan Allah SWT menjadi tujuh ratus kali ganda. Apa saja perbelanjaan mereka untuk fisabilillah akan diganti oleh Allah SWT. Semasa dalam perjalanan baginda Rasul SAW tercium bau yang sangat harum. Lalu beliau bertanya kepada Jibril berkaitan bau yang begitu harum. Lalu Jibril memberitahu Nabi Muhammad SAW bahawa itu adalah bau tukang sikat puteri Fir’aun. Ketika terjatuh sikat dari tangannya lalu dia berkata dengan nama Allah SWT dan celakalah Fir’aun. Lalu mengadulah puteri Fir’aun kepada bapanya sehinggakan tukang sikat itu dipanggil dan diperintah supaya meninggalkan agama Allah SWT. Kerana mempertahankan aqidah kebenaran dan akhirnya tukang sikat itu dijatuhkan hukuman dimasukkan ke dalam air yang panas. Setelah dicampaknya suami, anak sulungnya dan akhirnya sampailah pula giliran anak bongsunya yang masih menyusu. Lalu bayi itu berkata :-

Wahai ibuku masukkanlah ke dalam kawah itu dengan segera. Jangan ibu tangguh-tangguh lagi kerana kasihanilah diriku. Biar mereka mencampakkan daku setelah itu barulah ibuku masuk ke dalamnya. Mengapa ibu merasa takut sedangkan ibu berada di pihak yang benar”.

Selepas selesai kata-kata dari anaknya tadi, lalu dicampaknya wanita itu berserta anaknya ke dalam kawah.

Seterusnya Jibril membawa Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan orang yang memecah-mecahkan kepala mereka sendiri. Setiap kali kepala itu pecah, ia bertaut semula seperti sediakala dan tiada henti-hentinya mereka berbuat begitu. Lalu Nabi Muhammmad SAW bertanya kepada Jibril sebab diseksa sedemikian. Lalu Jibril memaklumkan bahawa mereka itu adalah golongan yang berat kepalanya untuk menunaikan solat-solat fardhu.

Seterusnya Nabi Muhammad SAW diperlihatkan sekumpulan orang yang memakai cawat dan bergerak seperti sekawan unta dan kambing. Mereka menikmati makanan daripada pokok berduri, daun zaqqum yang amat pahit dan batu neraka yang amat panas. Mereka ini adalah golongan yang enggan membayar zakat dari harta mereka.

Seterusnya Nabi Muhammad SAW melihat kaum yang memakan daging mentah yang sudah busuk sedangkan disediakan juga bagi mereka ini daging baik yang sudahpun dimasak. Mereka ini adalah golongan yang mempunyai pasangan yang halal, tetapi mereka keluar mencari pasangan yang haram.

Seterusnya Nabi melihat sebatang kayu yang terletak di suatu persimpangan jalan. Sesiapa sahaja yang lalu di situ pasti ia mengait dan mengoyakkan pakaian mereka. Mereka ini adalah golongan yang berada dipersimpangan jalan yang mengganggu orang yang lalu lalang di situ.

 Setelah itu Nabi SAW melihat pula seorang yang berenang di dalam sebatang sungai darah sambil menelan batu-batu. Mereka ini adalah golongan yang memakan riba.

Kemudian Nabi Muhammad SAW melihat pula ada seorang yang sentiasa menambahkan kayu yang hendak dipikulnya. Setiap kali dia cuba mengangkatnya tidak terangkat, dia menambah lagi kayunya. Mereka ini adalah golongan yang menerima amanah yang banyak sehingga tidak terdaya memikulnya lagi, tetapi masih menambah lagi dengan amanah-amanah yang baru.

Semua peristiwa ini adalah merupakan peringatan kepada umat manusia bahawa dalam kehidupan ini, setiap perlakuan akan dibalas dengan setimpalnya dan kita adalah hamba yang sentiasa tertakluk kepada Tuannya iaitu Allah SWT. Wallahua’lam  
             



tekan like ye...

Thursday, June 2, 2011

Kelebihan Bulan Rejab

www.tips-fb.com




Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.



Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
tekan like ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...